Tuesday, November 6, 2012

infomasi


KRT 3013 Teknologi Maklumat Sekolah Rendah. 
No.matrik :PPG/BC/01/00535/2012/2/KIC 
Topik : Konsep mata wang(Tahun Empat)


3.  Bacaan RM


Saturday, November 3, 2012

Kesimpulan

Cikgu telah mencarikan satu video yang amat menarik untuk anda semua,
pastilah tentang wang.

adakah anda rasa mereka sangat handal?
boleh mengawal syiling, mata wang dan juga kad kredit dengan hebat sekali.

sebagai kesimpulan, kehidupan harian kita pada masa kini tidak boleh pisah dengan wang.
kita memerlukan wang untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan kita,
seperti mana yang saya pernah katakan,
jagalah penggunaan duit, jangan gunakannya dengan lampau.
simpankan duit anda yang lebih, jangan belikan apa-apa saja yang kamu ingin.
timbangkan antara benda yang diperlukan dengan diingini.
sebarang masalah boleh berbincang dengan cikgu, seperti anda lupa bawa duit untuk makan di kantin sekolah.
jangan seolah-olah meminjam dengan kawan dan tidak dapat memulangkan kepadanya dengan segera.
sikap asyik meminjam duit daripada orang lain perlu dielakkan.

haraplah anda semua boleh mengikut ajaran cikgu sepanjang topik ini, di dalam kelas ataupun di blog ini.
cikgu amat mengalu-alukan anda mengemukakan soalan yang anda tidak faham.

sekian, terima kasih!

Wednesday, October 31, 2012

Mix Operation

Baru-baru ini cikgu dapat cari sebuah video yang mengajar topik ini,
amat gembira untuk berkongsi dengan anda semua, harap anda akan menontonnya,
di samping itu, cuba anda fahamkan dan selesaikan soalan yang ditayangkan.
video ini disediakan oleh seorang dari Taiwan.

soalan:
Siew Meng menyimpan wang sakunya RM200 seminggu, manakala Siew Wah menyimpan RM135.
Carikan perbezaan antara jumlah simpanan Siew Meng dalam 4 minggu dan jumlah simpanan Siew Wah dalam 5 minggu.

video ini akan berhenti automatik supaya anda semua boleh cuba menjawab sebelum video ini teruskan dengan menunjukkan jawapan. 
kalau anda sudah siap, boleh klik PLAY untuk teruskan video ini.

untuk menyelesaikan masalah, tugas pertama ialah carikan jumlah mereka masing-masing,
seterusnya, carikan perbezaan antara mereka.
oleh itu, 

Jumlah Simpanan Siew Meng: 
Kualiti X Kuantiti
RM200 X 4 Minggu = (RM 800)

Jumlah Simpanan Siew Wah:
RM135 X 5 Minggu = (RM675)

selepas mendapat jumlah simpan kedua-dua orang, carikan perbezaan antara mereka.
seperti mana yang kita telah belajar, untuk mencarikan perbezaan, operasi tolak akan digunakan.
jadi,
Jumlah Simpanan Siew Meng - Jumlah Simpanan Siew Wah,
= RM 800 - RM 675
= RM 125

Jawapan telah diwarnakan dengan putih. 

Soalan ini telah mencampurkan dua operasi dalam satu situasi,
Untuk mendapatkan soalan, kita perlu menggunakan dua operasi yang berkenaan.
Oleh sebab itu, apabila kita baca soalan, fahamkan apa yang dikehendaki olehnya,
cari jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Itulah sebab kenapa matematik ini berkaitan dengan kehidupan harian kita.

lihat satu soalan lagi, 
Cikgu membawa RM 500 ke kedai untuk membeli pen. Harga pen biru dan pen merah adalah sama, iaitu RM 12 sebatang. 
Cikgu telah membeli 15 batang pen biru dan 20 batang pen merah. 
maka, berapa bakinya cikgu akan dapat selepas membeli pen-pen tersebut?

semoga berjaya!

Wednesday, October 24, 2012

Hari Kanak-Kanak 2012

suadah lama dinanti-nantikan, akhirnya ia disambutkan pada hari ini~
jom lihat gambar-gambar pada Hari Kanak-kanak yang diraikan di sekolah kami!

Hiasan untuk Hari Kanak-kanak, pentas dewan sekolah,
tema yang begitu riang sekali
tibalah masa untuk menyaksikan persembahan-persembahan, Pancaragam Sekolah.
 Murid yang begitu handal dengan gimrama,

Ketua kelas saya,
anak-anak murid saya tahun ini

Persembahan yang paling disukai ramai!

 tarian kanak-kanak
tidak sempat kelas kami mengambil gambar kali ini.

Tuesday, October 16, 2012

Operasi Bahagi

Sebelum ini kita telah menonton Funny Of Math,
sekarang kita akan masuk pada topik tentang operasi bahagi.

Seperti mana yang kita fahamkan, operasi darab digunakan untuk mengira jumlah kuantiti daripada kuanliti yang sama.
dan cara pendaraban ini amat cepat jika berbanding dengan menggunakan operasi tambah,
contohnya,
Jumlah baju bagi 8 jenama di mana setiap jenama mempunyai 20 helai.
untuk mendapatkan jumlah, kita boleh menggunakan operasi darab, iaitu
8 X 20 = 160,
lebih cepat jikan berbanding dengan operasi tambah seperti di bawah
20 + 20 + 20 + 20 + 20 + 20 + 20 + 20 = 160
Pendaraban ini digunakan untuk mencarikan jumlah.
manakala operasi bahagi adalah di sebaliknya.

Katalah kelas kami berusaha untuk mengitar semulakan kertas dan surat khabar,
keuntungan yang kita dapat tahun ini ialah RM416, kelas kami ada 52 orang murid pula,
saya bercadang bahawa menggunakan wang tersebut untuk membeli hadiah untuk setiap murid pada hari Kanak-kanak,
jadi, berapakan duit yang saya boleh belanjakan bagi setiap murid?

operasi akan digunakan,
RM416 bahagi kepada 52 orang murid, maka seorang murid akan dapat ______________
RM 416 ÷ 52 =

jom berlatih!
1.
Guru Besar telah menggunakan RM2 996.46 untuk membeli 6 set ensiklopedia untuk kegunaan pusat sumber sekolah,
berapakah nilai bagi satu set ensiklopedia tersebut?

2.
Kedia Optikal menyediakan bonus bulanan sebanyak RM 9600 kepada 8 orang kakitangannya sebagai ganjaran,
maka berapakah bonus bagi setiap orang?

3.
RM8 090 ÷ 2 =

4.
RM 9 045 ÷ 6 =

5.
RM7 342.80 ÷ 3 =

Monday, October 15, 2012

Funny Of Math


sila menonton video ini, 25 bahagi kepada 5, apakah jawapannya?
5, atau 14?
alasan yang diberikan oleh kedua-dua pihak ini adanya sebabnya, tetapi yang manakah betul?
pengiraan mereka ada caranya dan rasa-rasanya betul, tetapi yang tepatnya siapa?
haahaa, video ini telah menunjukkan keseronokan matematik.

ini adalah terpulang pada kebijaksanaan kita sendiri. 
kadangkala kamu akan dapat jawapan, rasanya betul, tetapi cara berfikir untuk menyelesaikan masalah itu telah salah.
oleh itu, matematik ini adalah digunakan untuk menyelesaikan masalah, 
sebelum mencari jalan, fikir dan pilih cara yang tepat dengannya.

Friday, October 12, 2012

Operasi Darab

Hari Kanak-kanak akan datang!
saya sedang berfikir, apakah yang boleh disediakan untuk anda semua pada hari itu?
saya harapkan sesuatu yang saya hadiahkan boleh disimpan dan menjadi kenangan bagi anda semua.
ermm... saya perlu merancangkannya dahulu,
dalam kelas kami ada 50 orang murid, katalah setiap hadiah kemungkinan RM5, 
berapa Ringgit Malaysia yang saya perlu sediakan?
RM5 + RM5 + RM5 + RM5 + RM5 + RM5 + RM5 + RM5 + RM5 + RM5.............
eh? sudah berapa kali saya tambah? berapa jumlah setakat ini?
yishhh, perlu mengira semula pula!
bolehkan anda fikirkan cara yang cepat dan tepat bagi cikgu?

Operasi Darab, topik hari ini!
untuk menyelesaikan masalah di atas, anda semua pasti akan mencadangkan cara 50 X RM5.
memang betul cara tersebut. tetapi bolehkah anda sebutkan apa konsepnya pendaraban ini?
apa yang perlu saya ambil untuk operasi darab?
itu kuncinya.
mungkin ada daripada anda berpendapat bahawa ambil kedua-dua nombor yang terkandung dalam soalan untuk darab.
haahaa, kalau soalan di bawah, hanya satu nombor sahaja, apakah nombor yang didarabkan dengannya?

Soalan:
Zahid menyimpan RM250 daripada gaji sebulannya di dalam bank. Berapakah jumlah simpanan dia dalam setahun?

soalan di atas hanya ada satu nombor, iaitu RM250, apakah yang boleh didarab dengannya?

Kualiti X Kuantiti

itulah konsep Pendaraban. ambilkan nilai sesuatu itu dan darab dengan bilangannya.
soalan tersebut mengatakan RM250 dalam sebulan, dan carikan jawapan bagi setahun.
setahun = 12 bulan,
maka, jawapannya akan dapat daripada RM250 X 12 bulan.

ataupun
senaskah surat khabar SinChew yang berharga RM1.30, kalau 50 orang murid yang membelikannya,
berapa jumlah bayaran yang diperlukan?
adakah anda akan gunakan cara menambah satu per satu?
RM1.30 + RM1.30 + RM1.30 + RM1.30 + RM1.30 + RM1.30 + RM1.30........
gunakan konsep yang dinyatakan di atas,
Kualiti X Kuantiti
Kualiti = RM1.30 senaskah, Kuantiti = 50 murid yang membelikannya.
maka, RM1.30 X 50, dapatlah jawapannya!

latihan tubi:
1) Bayaran untuk tiket kemasukan Pesta Ria ialah RM39 bagi seorang dewasa. Kirakan jumlah sekiranya 150 orang dewasa yang membeli tiket tersebut.

2)Kiflee menyimpankan RM1.50 daripada wang sakunya setiap hari. Hitungkan jumlah yang dapat Kiflee menyimpan dalam bulan March.


Wednesday, October 10, 2012

Operasi Tolak

Hari kelmarin, saya teringin membeli sebuah kerusi untuk senangkan saya duduk dan menyemak kertas peperiksaan 4J.
saya ternampak kedua-dua kerusi yang menarikkan hati saya,
kerusi ini berharga RM230.00
kerusi ini pula berharga RM185.00

apakan berbezaan antara kerusi ini?
sekiranya saya teringin akan kerusi yang kedua, berapa harganya yang boleh saya jimatkan berbanding dengan kerusi yang pertama di atas?
apakah cara anda untuk mencarikan perbezaan harga kerusi-kerusi itu?

jawapannya OPERASI MENOLAK.
operasi ini biasanya kita gunakan untuk mencari perbezaan serta jumlah yang tertinggal.
contohnya situasi di bawah,

1) Seetha mempunyai RM 588.08 dalam akaun simpanannya, manakala abangnya mempunyai RM309.95 dalam akaunnya. Carikan perbezaan antara kedua-dua akaun tersebut.

apakah cara untuk dapatkan jawapannya?

lihat satu contoh lagi di bawah,

contoh di atas telah menjelaskan bahawa nombor bulat dalam WANG perlu ditambahkan dengan 00 sebagai sen, jika perlu.

cuba soalan di bawah,
1) RM6 309.00 - RM2 815.45 =
2) RM8 354.05 - RM3 809.35 =
3) RM684 - RM329 =
4) RM564 - RM119.50 =

semoga berjaya!

Monday, October 8, 2012

Operasi Tambah

Pada minggu lepas, cikgu sudah beli banyak barang dari sebuah kedai komputer,
sebuah komputer riba yang bernilai RM2800, 
tetikus dengan RM59.90, 

mesin cetak RM260,
kertas A4 RM 10.90,
harddisk RM300,
berapakan jumlah yang cikgu sudah bayar untuk semua barang itu?
apakah cara anda dapatkan jawapan itu?

kita pernah membeli banyak barangan sekali gus, untuk menjimatkan masa.
oleh sebab itu, kita akan membayar dengan jumlahnya.
jumlah belanja ini didapati dengan mencampurkan semua harga barangan yang dibeli.
maksudnya, OPERASI TAMBAH diperlukan dalam menyelesaikan masalah ini.

lihat contoh di bawah,
contoh 2
 contoh 3

cuba selesaikan soalan di bawah:
1) RM 555 + RM2 490 + RM398 =
2) RM5 066 + RM 177.95 =

Friday, October 5, 2012

Bacaan RM

Tahukah anda tentang nilai mata wang?
Bolehkah anda sebutkan berapa nilainya setiap keping wang yang ditunjukkan di bawah?

gambar-gambar di atas ialah bentuk wang terkini di Malaysia.
walaubagaimanapun, mata wang yang kita biasa guna masih boleh digunakan dalam sebarang aktiviti jual-beli

Bagaimana kita sebutkan nilai wang?
kalau
tambah dengan ,
atau
tambah dengan

Lihat gambarajah di bawah, sebelum kita membacakan nilai mata wang, kita perlu jelas dengan setiap nilai mata wang.
asingkan sebutan untuk Ringgit dengan Sen,
maksudnya tujuh ringgit tidak sama dengan tujuh sen, kerana nilainya berbeza.
nombor yang letak di hadapan titik perpuluhan, itulah bernilai Ringgit,
manakala nilai bagi nombor di belakang titik perpuluhan adalah SEN.
apabila kita tuliskan nilai tersebut, unit yang mesti ditulis ialah RM
seperti yang di atas, jawapannya ialah RM2567.40
RM ialah unit yang menunjukkan nombor dalam bentuk wang.

Bacaannya juga sama, asingkan nilai bagi Ringgit dan Sen.
Contohnya, RM 25.40, bacaannya mestilah sebutkan nilai bagi Ringgit dan seterusnya bagi Sen.
"Dua Puluh Lima Ringgit Empat Puluh Sen"

jom berlatih! cuba sebutkan nilai mata wang di bawah,
1. RM79.25
2. RM87.50
3. RM120.90
4. RM206.50
5. RM11.10

peringatan:
Ada juga kalangan daripada kita sebutkan Sen sebagai kubang, tali, kalau 50sen sebut dengan setengah pula.
memang tidak salah kalau kita bergaul dengan kawan. 
tetapi yang sebenarnya tidak boleh. 
contoh RM1.50, biasanya akan disebutkan sebagai "Satu Setengah"
yang betul adalah Seringgit Lima Puluh Sen.

Berhati-hati semasa menjawab!

Thursday, October 4, 2012

Konsep Kewangan

Pernah kamu lihat mata wang di bawah?
mata wang yang ditunjukkan di atas ialah mata wang yang digunakan di Malaysia dahulu.
kini, kita akan lihat mata wang Malaysia yang bereka bentuk baru, seperti di bawah.
adakah kamu juga inginkan? 
kalau diperhatikan, setiap kertas wang yang baru ini mengandungi unsur-unsur unik Malaysia,
contohnya RM 1 yang direka dengan Wau, di mana wau merupakan seni tradisional Malaysia,
RM5 pula? Kenyalang(Hornbill)
yang lain pula? jangan keliru dengan RM10 dengan RM20!

kuiz, mata wang bertujuan untuk menjalankan jual beli yang adil dan seimbang,
tetapi pada zaman yang belum ada wang, bagaimanakan caranya manusia menjalani aktiviti tersebut?
System Barter,
iaitu manusia saling menukar barang.
Anda boleh menggunakan biji soya untuk menukar seekor ikan.
ataupun beberapa ekor ayam untuk menukarkan seekor lembu.
masalahnya timbul.
bagaimana saya boleh dapatkan seekor lembu sekiranya saya tidak menternak ayam?
bolehkah saya menukarkannya dengan itik? berapa ekor itik yang boleh ditukarkan?
ataupun bilangan ayam saya yang hanya boleh menukar seekor lembu kecil, bagaimanakah lembu kecil ini membantu saya di sawah?
nampaknya sistem barter ini tidak dapat mewujudkan perdagangan yang adil,
akhirnya, manusia mencipta mata wang.

kalau anda pernah menonton rancangan televisyen yang latar belakangnya pada zaman dahulu,
alat yang dipakai dalam sebarang perdagangan adalah ketulan emas dan perak.
adakah manusia yang mencatkan ketulan batu dengan cat emas untuk menipu?
siapa yang mampu membawa semua ketulan emas dan perak ini membeli belah di mana-mana?
nasib baiknya tidak ada Iphone, Samsung atau telefon bimbit berjenama lain,
kalau tidak, anda perlu membawa ketulan emas yang beribu-ribu dengan menggunkan guni, dan tarik sampai ke kedai yang menjual telefon tersebut.

untuk menyenangkan pelanggan untuk membeli dan membayar, wujudlah benda di bawah ini,
 
kad kredit.
adakah kamu tahu apa kegunaan kad-kad sebegini?
kad-kad kredit ini bermaksudnya anda membeli barangan dengan wang daripada pihak bank.
pihak bank yang tolong anda menjelaskan bil, selepas itu anda perlu menjelaskan hutang ini dengan pihak bank.
sekali anda membeli dengan kad, hutang anda dengan pihak bank akan bertambah.

Dalam kehidupan harian murid-murid, anda menggunakan wang untuk membeli makanan di kantin.
adakah duit baki yang dipulang balik oleh pihak kantin adalah betul dengan yang sepatutnya?
atau anda hanya ambil dan terus simpan dalam poket?
sesi ini anda perlu jelas dengan konsep duit, jangan menipu atau ditipu oleh sesiapa.

Menjimat, itu caranya.

Tuesday, October 2, 2012

upin dan ipin!

Pernah kamu tulis karangan yang bertajuk "Kalau Saya Seorang Jutawan"?
apa yang diperlukan oleh seorang jutawan? pastilah duit.
Jadi, isi karangan kamu pasti tulis tentang apa yang kamu ingin beli dengan duit yang begitu banyak itu.
Memang, salah satu kegunaan duit ialah membeli barangan.

back to the topic.
sekarang, jom kita lihat bagaimana caranya menggunakan duit dengan betul.
pernah menonton Upin dan Ipin?

Tajuk episod ini ialah TAMAK.
ceritanya berlaku pada musim bulan Ramadhan, sebelum mereka merayai Hari Raya Puasa.
Kaum Melayu dikehendaki puasa selama 12 jam sehari,
oleh sebab itu, mereka akan pergi beli makanan dari luar untuk makan malam nanti.
sudah lama tahan lapar, Upin dan Ipin berpeluang pergi ke Pasar Ramadhan dengan Cik Ros.
Cik Pos memberi wang kepada dua adik-beradik ini untuk membeli makanan.
apa yang Ipin ingin makan nanti?
ayam goreng ayam rendang ayam madu ayam kampung……
wah, banyaknya yang dia ingin, dan hanya tulang ayam yang tinggal untuk Upin.
akhirnya apa yang mereka berdua dapat beli dari sana?
haahaa
mereka boleh habiskan semua itu atau tidak?

Memang seronok apabila gunakan duit untuk beli barang yang kita suka,
tetapi apakah kesan yang akan timbul pada kita sendiri?
Itulah kita tidak boleh tamak.
Duit ini kita perlu gunakan dengan berfaedah,
rancangkan sebelum belikan, asingkan barangan yang diperlukan dengan barangan yang diingini.

cuba rancangkan perbelanjaan kamu sendiri mulai hari ini.
dan ingati,
Jangan Tamak.

seterusnya kita akan lihat bagaimana kita mengira wang!