Thursday, October 4, 2012

Konsep Kewangan

Pernah kamu lihat mata wang di bawah?
mata wang yang ditunjukkan di atas ialah mata wang yang digunakan di Malaysia dahulu.
kini, kita akan lihat mata wang Malaysia yang bereka bentuk baru, seperti di bawah.
adakah kamu juga inginkan? 
kalau diperhatikan, setiap kertas wang yang baru ini mengandungi unsur-unsur unik Malaysia,
contohnya RM 1 yang direka dengan Wau, di mana wau merupakan seni tradisional Malaysia,
RM5 pula? Kenyalang(Hornbill)
yang lain pula? jangan keliru dengan RM10 dengan RM20!

kuiz, mata wang bertujuan untuk menjalankan jual beli yang adil dan seimbang,
tetapi pada zaman yang belum ada wang, bagaimanakan caranya manusia menjalani aktiviti tersebut?
System Barter,
iaitu manusia saling menukar barang.
Anda boleh menggunakan biji soya untuk menukar seekor ikan.
ataupun beberapa ekor ayam untuk menukarkan seekor lembu.
masalahnya timbul.
bagaimana saya boleh dapatkan seekor lembu sekiranya saya tidak menternak ayam?
bolehkah saya menukarkannya dengan itik? berapa ekor itik yang boleh ditukarkan?
ataupun bilangan ayam saya yang hanya boleh menukar seekor lembu kecil, bagaimanakah lembu kecil ini membantu saya di sawah?
nampaknya sistem barter ini tidak dapat mewujudkan perdagangan yang adil,
akhirnya, manusia mencipta mata wang.

kalau anda pernah menonton rancangan televisyen yang latar belakangnya pada zaman dahulu,
alat yang dipakai dalam sebarang perdagangan adalah ketulan emas dan perak.
adakah manusia yang mencatkan ketulan batu dengan cat emas untuk menipu?
siapa yang mampu membawa semua ketulan emas dan perak ini membeli belah di mana-mana?
nasib baiknya tidak ada Iphone, Samsung atau telefon bimbit berjenama lain,
kalau tidak, anda perlu membawa ketulan emas yang beribu-ribu dengan menggunkan guni, dan tarik sampai ke kedai yang menjual telefon tersebut.

untuk menyenangkan pelanggan untuk membeli dan membayar, wujudlah benda di bawah ini,
 
kad kredit.
adakah kamu tahu apa kegunaan kad-kad sebegini?
kad-kad kredit ini bermaksudnya anda membeli barangan dengan wang daripada pihak bank.
pihak bank yang tolong anda menjelaskan bil, selepas itu anda perlu menjelaskan hutang ini dengan pihak bank.
sekali anda membeli dengan kad, hutang anda dengan pihak bank akan bertambah.

Dalam kehidupan harian murid-murid, anda menggunakan wang untuk membeli makanan di kantin.
adakah duit baki yang dipulang balik oleh pihak kantin adalah betul dengan yang sepatutnya?
atau anda hanya ambil dan terus simpan dalam poket?
sesi ini anda perlu jelas dengan konsep duit, jangan menipu atau ditipu oleh sesiapa.

Menjimat, itu caranya.

No comments:

Post a Comment