Wednesday, October 10, 2012

Operasi Tolak

Hari kelmarin, saya teringin membeli sebuah kerusi untuk senangkan saya duduk dan menyemak kertas peperiksaan 4J.
saya ternampak kedua-dua kerusi yang menarikkan hati saya,
kerusi ini berharga RM230.00
kerusi ini pula berharga RM185.00

apakan berbezaan antara kerusi ini?
sekiranya saya teringin akan kerusi yang kedua, berapa harganya yang boleh saya jimatkan berbanding dengan kerusi yang pertama di atas?
apakah cara anda untuk mencarikan perbezaan harga kerusi-kerusi itu?

jawapannya OPERASI MENOLAK.
operasi ini biasanya kita gunakan untuk mencari perbezaan serta jumlah yang tertinggal.
contohnya situasi di bawah,

1) Seetha mempunyai RM 588.08 dalam akaun simpanannya, manakala abangnya mempunyai RM309.95 dalam akaunnya. Carikan perbezaan antara kedua-dua akaun tersebut.

apakah cara untuk dapatkan jawapannya?

lihat satu contoh lagi di bawah,

contoh di atas telah menjelaskan bahawa nombor bulat dalam WANG perlu ditambahkan dengan 00 sebagai sen, jika perlu.

cuba soalan di bawah,
1) RM6 309.00 - RM2 815.45 =
2) RM8 354.05 - RM3 809.35 =
3) RM684 - RM329 =
4) RM564 - RM119.50 =

semoga berjaya!

2 comments:

  1. Jawapan seperti dibawah:
    1) RM3, 493.55
    2) RM4, 544.70
    3) RM355.00
    4) RM444.50
    Terima kasih untuk soalan keatas ini.

    ReplyDelete